Friday, March 16, 2012

ikhlas menderma :)

akhirnya.. terbuka juga hati aku untuk menderma sebahagian darah aku kepada orang yang lebih memerlukan.. selama nie, aku takut sangat nak derma coz takut sakit sangat.. hakitkatnya memang sakit, tp aku still boleh tahan lagi sakitnya.. tk ada lerr sesakit mana kan.. so, kepada korang yg takut nak menderma.. x yah lerr nak rasa takut sgt.. x ada  pape larh...

muka gembira and teruja !


uurrrmmm... seronok sangat apabila dapat berkongsi sebahagian yang kita ada dengan orang lain.. kelak, diri kita sendiri yang amat memerlukan..

:) bye !

Last practical KAMI !

hurmmm...  penat tak terkata rasanya, tapi aku still gagahkan diri  untuk menaip jugak.. biasa lerr, last  practicalkan dalam life aku sebagai student nurse,  pas nie tk boleh dah aku nak takut-takut buat kerja macam sebelum nie aku  practical.. esok lak dah kena bersiap2 untuk balik ke nilai.. barang-barang sume dah siap kemas.. teruja sangat nak tinggalkan utara nie, kembali ke selatan lak..

hari nie jugak, hari makan sedunia.. sehari nie aku asyik makan jerk.. dah 4 kali kot aku makan nasi, and sekali aku makan laksa hasil air tangan madam isma.. thanks madam isma and mama dia coz sudi masakan untuk kita orang.. banyak lak dia masak.. kesian jugak aku tengok.. nie masih ada lg makanannya.. huhuhu.. murah rezeki betul hari nie.. selama dok sini tak pernah nak dapat makan sedap macam nie.. last day nie, baru larh dapat..

ok2,, ada sediki gambo untuk korang tengok yerk.. gelagat-glagat kami mengadakan jamuan.. hahaha, rasa macam buat open house and kenduri kawin jerk.. terlalu banyak makanan.. buncit-buncit dah perut kami sume..

nie antara gambo-gambonya: -

kami twins ! 

gelagat di kitchen ,,,

time to eat ,, 

kami DIN JULY 09 !

birthday zetty ...

merah jambu !

rumate !

muka kenyang !


nie larh antara gambar-gambar yang sempat di snap.. nie la kami kehidupan dengan gambar.. hehehehe,,, sedih dan happy bercampur baur.. sedih pun ada tadi time aku disuruh untuk bagi kata-kata terakhir.. secara tak sengaja aku boleh menitiskan air mata.. sedih sangat rasanya.. yela.. aku nie, harap je ketua rumah.. tp, mcm tak ada funtion jerk untuk budak rumah aku.. terlalu senyap.. serba salah jugak larh dengan dorang tuh.. aku tak cakap byk sangat tadi.. sebak larh katakan..

ok larh,, tk mau cite sedih2 lagi.. tak tahu lg leyh jumpa dorang lg ke tak... rindu dah,, dah x ada nak posting cm nie lg.. x ada dh org nak backup kami.. RINDUNYA!!!

SALAM SAYANG untuk korang sume :)


Friday, March 9, 2012

cuti-cuti penang !

24 Febuary 2012... jalan with my friends.. agak seronok larh kan.. tapi kena bajet dalam bershopping.. nie la masalah kalau hang out dengan kengkawan, tk sama time hang out dgn family... sebenarnya, dah lama tk update blog aku nie.. tetiba jer nk update.. cite la sal jalan2 penang.. sakit jiwa menaip.. baik aku upload gambar bagi korang tengok..






bersama Fatin Marzuki


bukit bendera

3 dara.. hehehe..



beach..

time tunggu uncle..



..... !


nie antara gambar2 aku kat penang.. seronok la jgk.. lama dah tk jalan2 cam nie.. 

Thursday, November 24, 2011

Physio

Hari Isnin hari tu, aku dihantar untuk melihat situasi patient di physio. Macam mana sesetengah patient melalui proses pemulihan. Memang agak seronok. Adalah sedikit sebanyak yang dipelajari kat sana. Mula-mula tu, memang tak nak g. Takut sampai petang. Tapi, setengah hari je. Nasib larh kan, dapat jumpa dia. Sayang madam lebih arh! Madam macam memahami yang aku nak tengok muka dia saat-saat akhir. Lepas nie, tak jumpa dah dia lagi. Mesti rindu kan. Aik, lain macam jerk bunyi. Lupakan larh.

Ok, ada sedikit yang aku nak share kat korang. Ada empat fasa dalam pemprosesan untuk pemulihan atau penyembuhan bagi peasik yang berdiagnosis ACL (anterior cruciate ligaments). ACL nie bermaksud mengawal sejauh mana tulang betis boleh bergerak ke hadapan relatif kepada tulang peha. Ia penting demi mengelakkan pergerakan yang terlampau ke hadapan yang boleh mengakibatkan struktur-struktur lutut lain menjadi rosak. Berada di tengah-tengah lutut dan ia bersilang dengan PCL (posterior cruciate ligaments).

Fasa 1 (0-4 minggu)
Cara penggunaan tongkat diajar. Sebulan pertama pesakit tidak dibenarkan memijak penuh. Ini untuk membantu proses baik pulih.
Brace lutut perlu digunakan untuk mengelakkan lutut bergerak.
Senaman yang sesuai dilakukan ialah angkat kaki lurus, kuadriseps statik penting. 
Pesakit akan dilatih untuk membengkokan lutut secara berperingkat.
Contohnya: ankle pump, CPM (continous passive motion), static quads.
Fasa 11 (4-12 minggu)
Mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130'.
Meningkatkan kekuatan kuardiseps kepada 65% kekuatan otot peha sebelah yang normal.
Dilatih berjalan separuh pijak pada kaki yang sakit mengggunakan tongkat. Jika keadaan pesakit bertambah baik di benarkan mengggunakan satu tongkat. 
Contohnya: Lunges.

Fasa 111 (12-20 minggu)
Pesakit tidak lagi menggunakan tongkat dan boleh berjalan seperti keadaan normal.
Meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok dalam fasa ini adalah penuh iaitu 180'.
Senaman yang digalakkan adalah untuk meningkatkan ketahanan badan dan kardiovaskular sistem.

Fasa 1V (6-9 bulan)
Melibatkan senaman meluruskan dan membengkokan lutut secara penuh.Meningkatka kuardiseps sehingga 95%. kekuatan otot peha yang normal.
Sebagai contoh bermain bola sepak senaman yang yang diberikan  adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.
Perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk senaman ini.
Ada juga la yang dorang bagi tahu kat aku, ice juga boleh kurangkan bengkak.Ice dilakukan tiga kali dalam masa 15 minit. Sebelum operation pun, perlu buat exercises gak.
Ok, setaka tu sahaja aku dapat share kat korang yerk. :)
Salam...

Sunday, November 13, 2011

Kagum dengan lelaki tu !

Ermm.. Bukan kagum sebab apa la kan. Just kagum kat lelaki tu sebab dia sanggup pinjam duti Manager dia RM100 untuk jumpa girl friend dia kat KL hari nie. Manager dia tu, akak aku la kan. Aku tahu story dia nie pu dari akak aku sendiri. Akak aku memang macam tu, bila dengan staff dia baik bebeno. Sanggup tu bagi pinjam RM100. Huh! Cuba aku yang nak pinjam, hampeh! Tak ada maknanya la dia nak bagi kan. Tahu sangat dah aku.

Tertarik la bila akak aku cite sal staff dia nie. Tu yang nak share sikit kat blog nie. Tadi mata mengantuk beno. Lar nie, segar bugar lak mata nie. Tak apa la, carut sikit ler kat blog aku nie. Nama staff dia nie aku lebuh kenal dengan nama Wan jela. Urm, seorang yang baik dan kuat bekerja pada pandangan mata aku. Dia kerja bertungkus lumus nak menyara family dia. Setiap kali gaji RM500 akan bagi kat mak dia untuk perbelanjaan harian. Tu yang sampai pinjam duit manager untuk jumpa girl friend dia.

Girl friend bukan calang-calang tu, ngah study degree sekarang kat KL. Tak tahu lak kan aku girl friend dia ambil course apa. Yang penting degree tu. Aku pun, belum tentu lagi ambil degree. Silap-silap tak sampai degree kot. Huh! Dorang kenal pun, time girl friend dia kerja KFC juga. Kerja untuk sementara waktu jela. Time-time cuti sem. Mak si perempuan tak berapa suka dengan si lelaki nie. Yela, just kerja KFC jekan. Mana setanding dengan anak dia yang ada degree tu. Susah la kalau sampai memilih sangat.

Bila mak perempuan tu tahu yang dia nie ada couple dengan budak KFC, mak dia pun suruh dia berhenti kerja. Kejam la mak dia. Tapi, disebabkan cinta. Sampai sekarang dorang still contact and teruskan hubungan dorang nie. Bagus la! Tu yang aku kagum sangat tu sampai laki tu sanggup turun KL semata-mata nak jumpa girl friend dia. Bestnya kan. Padahal hari nie, birthday lelaki tu. Lain la kalo birthday perempuan tu kan. Wah best sangat aku rasa. Boy friend aku, ermm.. Tak pernah lak datang Nilai jumpa aku. Kecewa la sikit. Datang pun just bersebab. Tu pun, dengan mak aku. Time dia datang dengan kawan dia, kejap je pun  jumpa aku. Urm.. Tak apala kot. Nak buat macam anne. Nasib masing-masing.

Pape pun, semoga hubungan dorang berkekalan sampai bila-bila. Ok, cukup setakat nie sajer yang mampu aku kongsikan. Nak rehatkan jari. Sat lagi nak buat kerja kat ward tu tak larat lak kan. Hehehe. Ok, salam..

berkongsi cerita & pengalaman hidup, :)

Saturday, November 12, 2011

DOKTOR yang menyakitkan hati

Nama jerk DOKTOR. Tapi, suka menyakitkan hati orang. Sepatutnya, sebagai seorang doctor dia la sepatutnya yaang menyembuhkan pesakit. Walaupun melibatkan perasaan seseorang. Tak pernah kot aku jumpa doctor yang sebegini rupa. Huh!
Tapi, nape kan bukan doctor lain yang on call. Asal ada emergency case, mesti la doctor mengong nie yang on call. Tension betul aku. Dah tu, time ada emergency call tu aku lak yang nak kena tolong staff nurse. Dua kali dah aku handle emergency case kat female ward nie. Wah, time tu la aku terasa macam tak nak jadi nurse. Tension weah. Huk3.

Satu case tu berlaku time aku kerja night shift. Memang agak mengejutkan juga la kan. Tetiba lak malam tu aku macam tergerak hati tak nak tidur. Aku nie, mana boleh tak tidur. Tapi, malam tu rasa tak nak tidur. So, duduk kat counter la main game dengan partner aku. Huk3. Entah pape game jela aku main. Mengarut sungguh. 

Dengan tiba-tiba, sesuatu telah berlaku dekat seorang patient. Time tu, aku baru bercadang nak meluruskan pinggang dalam treatment room. Maksudnya, nak baring kejap la. Urm.. Sangitha pun panggil aku. Terkejut la bila dia bagi tahu kat aku yang SPO2 mak cik Bed11 tu rendah. 65% jerk SPO2 dia. Sapa jela yang tak terkejutkan. Normal SPO2 95-100%. Jauh sangat dah tu. Aku pun bangu, terus jerk pergi kat bed tu. Macam biasalah, aku pun check nadi. Memang tak ada rasa pape pun. Bila panggil nama mak cik tu, tak jawab pape juga. Aku rasa kaki dengan tangan dia sejuk sangat-sangat. Kulit pun dah pucat. Perasaan aku dah lain time tu. Tuhan je yang tahu apa aku fikir time tu. SPO2 mak cik tu pun dengan  tiba-tiba tak boleh baca. Apa lagi, aku pun panggil staff nurse. Cepat-cepat la staff nurse panggil doctor on call. 

Time tu, doctor Lan yang on call. Doctor yang menyakitkan hati aku nie la. Tension jerk aku dengan dia. Mana taknya. Time dia sampai pun, mak cik tu dah tak bernyawa. Boleh lak dia suruh aku dengan Sangitha buat CPR. Tanpa henti lak tu. Aku rasa dah tak bermaya sangat time tu. Time-time aku tengah buat CPR boleh lak dia pukul tangan aku suruh buat betul-betul. Geram jerk aku. Nasib la dia tu doctor. Lebih kurang pukul 5 pagi macam tu la, selesai semuanya and doctor pun mengesahkan kematian patient tersebut. Aku pun, dengan kopral ayu buat LO kat patient tu. Yang aku sakit hati sangat, boleh lak doctor tu suruh aku kuar. Padhal, aku nak tolong kopral Ayu bust LO. Bila aku dah kuar, staff nurse lak suruh aku tolong. Doctor tu memang sengaja la nak menyakitkan hati aku.

Selesai dah case makcik tu. Baru-baru nie ada seorang patient admit kat female ward because of difficult in breathing. Patient nie Asthma. Memang teruk la sampai kena pakai CPAP. Tapi, still macam tu juga. Yang aku pelik, nape ler tak hantar kat ICU. Macam-macam betul. Sepatutnya patient yang macam tu kena hantar kat ICU coz chronic dah aku rasa time tu dengan keadaan mukannya yang sangat pucat. Macam biasalah, keadaan ward pun jadi kelam kabut sangat. Pagi-pagi lagi dah busy.

Tetiba lak Dato'Ello (Specialist Doctor) call ward and buat order patient tu kena hantar pergi dialysis. Kelam kabut la. Staff nurse pun suruh aku jlari pergi jaga pintu lif. Dengan pantasnya aku berlari. Tak lama tu pun, dorang pun sampai dan terus la bawa patient turun bawah untuk dialysis. Kelam kabut la kat dialysis tu. Pergh, tetiba lak doctor tu muncul. Aku dah buat muka tension jerk bila nampak dia. Huh!

Doktor.. Doktor.. Napa la ko ada time-time macam nie. Kat ward tadi aku dah cuba elak dari assist dia. Tetiba sampai HDU dia muncul lak. Bengang je rasakan. Urm.. Dah la time tu staff nurse suruh aku adjust oxygen untuk makcik tu sebab SPO2 dia rendah sangat. Doctor tu pu datang. Aku dah pusingkan oxygen tu sampai 15L. Dia lagi nak suruh aku pusing lagi. Mana la boleh, bengong betul la dia tu. Tak faham aku. Pas tu, tak percaya lak apa aku cakap. Mentang-mentang la aku ni student. Diam jela aku. Huk3.

Dia pun sibuk-sibuk datang kat tempat aku nak p tukar oxygen tu. Bengang la dia tk tahu nak buka. Tu la belagak sangat kan dengan aku. Tanya aku juga nak buka macam ane. Bila aku dah bagi tahu boleh lak dia cakap, aku saja jerk nak tengok aku tahu ke tak. Ayat tak boleh bla betul. Tak nak kalah dengan aku. Malas aku nak cakap banyak, nanti gaduh lak dengan dia tu.

Memang la penat sangat rasa time tu. Sampai sekarang kaki aku nie masih saki-sakit lagi. Lenguh sangat-sangat la. Kat HATL nie la aku banyak pengalaman sal emergency case. Sebelum ni, practical tak pernah pun aku buat benda-benda busy macam nie, Kat sini aku buat lak. Satu perkembangan yang baik untuk diri aku juga.

Walaupun doctor tu menyakitkan hati aku sangat. Sabar jela aku dengan dia tu kan. Urm.. Doctor tu tak kawin lagi. Bujangkan, patut la perangai macam bengong-bengong jerk. Dia tu beranga nak cari calon isteri orang Johor. Argh! Kalau dah perangai macam tu, orang Johor pun tak nak la jadi bakal isteri dia.

Pelik-pelik jerk doctor zaman sekarang nie. Ok la, penat dah jari-jari aku nie menaip. Entah la, tak boleh nak tido lak nie. Macam-macam betul la mata aku nit time malam minggu. Assignment research tak buat-buat lagi. Nanti-nanti jela aku fikirkan.

berkongsi cerita & pengalaman hidup, :)

Monday, November 7, 2011

Fuh ! Lega...

Erm.. Asyik say Hi jerk.. Hari ni nak say Hello lak. Ok k??? Hehehe.. Pape pun, sume ok kan. Urmm.. Bukan apa la sangat. Nak story sikit la. Lega kot aku bila study case dah siap. Tinggal nak study sal cross aku yang tekendala tuh. Nasib la tak berapa nak banyak sangat. Kurang dah stress aku bila study case pun dah siap. Ni pun, aku baru jerk siap mengemas rumah. Yela, mak, ayah and abang aku nak datang hari ni. Tapi, esok aku dah kerja. Tu yang tak syok. Buhsan maaaa...

Aku harap sangat, esok petang settle ler cross aku tu yerk. Jangan Madam lupa sudah ler. Hi, boleh bikin aku marah jerk nanti. Dah janji denga aku hari jumaat ari tu. Susah la dia tu. Nasib ler aku ni jenis tak kisah kan. Diam jela kalo kena bebel dengan dia tu. Aku dah faham sangat dia tu macam ane. Nak menang je kalo cakap. Lagi kalo time mood dia tak ok. Redha jela kan.

Malam nie, tinggal nak staple aku punya study case and tulis nama kat setiap helaian tuh. Harap-harap dia terima la study case aku tu. Aku buat sal pak cik Darus. Urm.. Macam-macam juga sakit pak cik Darus tu. Ada CA Colon. Tapi, ok la.. Aku dapat gak jumpa nursing interventions and nursing diagnoses dia tu. Jangan la Madam nak complaint banyak sangat. Penat dah aku menulis. Janji aku nak juga buat study case dia tu. Cuba jerk buat. Harap-harap betul la.

Ok la.. Cukup kot dah nak membebel. Penat lak menaip bebanyak nie. Lenguh tangan menulis pun tak hilang lagi. Urm.. Nak p mandi dulu lerrrrr..  Pas tu, nak bersiap-siap lak. Berdebar je nak tunggu hari esok. Confirm kena bebel dengan Madam. Eish.. Redha jela. Muka aku, memang selalu jadi mangsa dia. Huhuhuhu.. 

Salam....